Tiger Woods cedera selepas terbabit nahas jalan raya


gambar fail

24/02/2021 12:28 PM

WASHINGTON, 24 Feb — Legenda golf Amerika Syarikat (AS) Tiger Woods mengalami kecederaan parah pada kaki selepas terbabit dalam nahas jalan raya di California Selatan, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Namun, keadaan beliau dilaporkan stabil," kata Ketua Balai Bomba Daerah Los Angeles, Daryl Osby dalam sidang media pada Selasa.

Osby berkata kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.

Sementara itu Syerif County Los Angeles, Alex Villanueva berkata kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.

Woods, pernah memenangi lima Kejohanan Masters, kemenangan terakhirnya pada 2019, dan empat Kejuaraan PGA. Beliau juga pernah menjuarai tiga kali Terbuka AS.

Leave a Reply

%d bloggers like this: