UNEP puji kemajuan China bina tamadun ekologi


Kredit: China Media Group

22/02/2021 06:22 PM

BEIJING, 22 Feb — Pencapaian China dalam pembangunan tamadun ekologi mendapat pujian Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Pengarah Eksekutif UNEP, Inger Andersen dalam satu wawancara bersama Kumpulan Media China (CMG) berkata usaha China membangunkan tamadun ekologi menyasarkan untuk mencapai simbiosis antara manusia dan alam, yang juga merupakan aspirasi semua negara.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, usaha China membina tamadun ekologi telah menampakkan kemajuan besar terutamanya dalam aspek perlindungan biodiversiti.

“Sistem undang-undang dan peraturannya berkaitan perlindungan alam sekitar makin lengkap," ujarnya.

Andersen menyatakan masalah iklim, biodiversiti dan alam, serta pencemaran dan bahan buangan antara krisis paling besar melanda dunia dewasa ini.

Justeru, beliau menggesa semua negara menyerahkan sumbangan masing-masing kepada Nationally Determined Contributions (NDC) sebelum berlangsungnya sidang pemeterai Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) ke-26 tahun ini.

Beliau turut menyeru dunia terus memperkasakan kerjasama multilateral, dan bergabung tenaga mengatasi krisis berkenaan ke arah mencipta masa depan lebih inklusif dan lestari.

Leave a Reply

%d bloggers like this: