KDNK Jepun lebih baik berbanding jangkaan meskipun merosot buat kali pertama sejak 2009

15/02/2021 05:30 PM

TOKYO, 15 Feb — Ekonomi Jepun mengalami penurunan tahun lalu buat pertama kalinya sejak 2009 berikutan pandemik COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik.

Meskipun bertentangan dengan jangkaan, menurut data statistik dikeluarkan kerajaan pada Isnin, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menunjukkan pertumbuhan pada suku ketiga dan keempat 2020.

Menurut data itu, KDNK Jepun meningkat 12.7 peratus tahunan dari suku sebelumnya; namun dari Oktober hingga Disember 2020 pertumbuhannya adalah tiga peratus.

Angka kerajaan juga menunjukkan bahawa KDNK Jepun menurun 4.8 peratus tahun lalu akibat pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi ketiga terbesar.

Menurut Agensi Berita Kyodo, pada 2009, KDNK Jepun menurun 5.7 peratus, penguncupan terbesar sejak data dikumpul pada 1955.

Memetik penganalisis, Jepun kemungkinan mengalami kemerosotan ekonomi pada Januari-Mac 2021, kerana Tokyo dan beberapa wilayah lain berada dalam keadaan darurat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: