“SAYA TAK BOLEH LETAKKAN DIRI BAGUS” – JANNA NICK BELAJAR TERIMA KRITIKAN

Pelakon dan pengacara Janna Nick yang sudah genap 10 tahun berada dalam industri hiburan tanah air itu meluahkan rasa teruja apabila kini sudah bergelar pengarah dan penerbit.

‘Delen’ merupakan judul telefilem pertama Janna. Ketika ditanya berhubung perkara tersebut, Janna memberitahu ianya pengalaman cukup bermakna apabila dapat mengarah dan menerbit hasil pertamanya itu.

"Memulakan bidang pengarahan dan penerbitan membuka pengalaman baharu untuk saya melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dalam perspekif lebih besar.

"Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja, tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerja pengarah dan penerbit.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Apabila duduk di kerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi, sekarang baru faham setiap pengarah ada look dan feel yang mereka mahukan kerana pemahaman pelakon dan pengarah tak sama," ujarnya.

Penghasilan telefilem ini kata Janna, ianya bukan sekadar mencuba tetapi mahu hasilkan lebih banyak karya berkualiti dan dalam pada itu, dia terbuka menerima kritikan daripada penonton untuk memperbaiki kualiti pengarahannya di masa akan datang.

"Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar, lebih baik tegur dan kritik daripada tak ada langsung," katanya.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: