ANAK KE-4 USTAZ DON SELAMAT DILAHIRKAN, TARIKH LAHIR SAMA DENGAN ANAK KE-3

Jika sebelum ini anak penceramah terkenal berstatus selebriti, Ustaz Don Daniyal yang pertama dan kedua berkongsi tarikh lahir sama iaitu 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016, terkini anak ketiga (11 Februari 2019) pula turut berkongsi tarikh lahir sama dengan anak keempat (11 Februari 2021).

Isteri Ustaz Don atau nama penuhnya Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid iaitu Dr Husna Zahary selamat melahirkan anak keempat mereka yang juga anak lelaki, semalam (11 Februari 2021), kira-kira jam 3.25 petang.

Berkongsikan perkhabaran gembira itu menerusi laman Instagram, Ustaz Don turut menulis tentang kehebatan doa apabila anak-anaknya berkongsi tarikh lahir sama.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Kami bila jumpa saja sapa yang dan, kami minta tolong doa bagi dapat sama tarikh lahir dengan anak nombot 3. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la sekali kan.

"Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak?? Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul," tulisnya.

Image_3.jpg

Dalam masa sam, Ustaz Don turut meluahkan rasa syukur diberikan kurniaan begitu besar buat keluarganya dan berdoa agar sentiasa diberi keampunan.

"Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak dosa. Saya, isteri saya, keluarga saya, Ibu Bapak dan Mertua saya, kawan-kawan saya dan semua kami ni.

"Kami tau kami banyak dosa. Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Pengampun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana," tuturnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: