RUMAH BARU, MOTOR BARU UNTUK MOHD. YAZID

UEL%2B1.jpg

Tiga beradik termasuk seorang daripada mereka merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan mampu menarik nafas lega apabila Ustaz Ebit Lew (Ebit Lew), telah tampil membantu membina semula rumah mereka dengan kos sebanyak RM70,000.

"Alhamdulillah. Bantu rumah adik terbakar di Pengkalan Chepa. 2 beradik ni tadi menangis cakap terima kasih. Ulang kali. Sedih lak rasa. Terus plan buatkan rumah baru untuk adik ini.

"Tadi bawa plan rumah dan bayarkan dengan kontraktor disini untuk barang dan lain-lain.

"InsyaAllah telah bayar rumah ini sepenuhnya. Call Backhoe tolak kesan rumah lama. Hadiahkan motor baru roda tiga untuk abang ni cari rezeki. Motor lama dah terbakar. Menangis abang ni dapat motor baru. Katanya ya Allah, sehari dapat semua sekali.

Klik untuk gambar besar

UEL%2B2.jpg

"Hebat abang ni jaga adik downsindrom dan buta. Setiap malam akan pergi rumah ini cari rumahnya. Tadi saya cakap nak buat rumah. Dia kata dekat saya tak nak tinggi takut jatuh. Saya kata rumah rendah je.

"Syukur pada Allah yang buat semua. Terima kasih pakcik makcik serta saudara adik ni yang banyak membantu dan menyambut saya tadi. Terima kasih ketua masyarakat setempat. Terima kasih ketua kampung. Terima kasih yb dan menteri yang lebih awal sampai membantu.

"Terima kasih Yadim. Terima kasih zakat dan semua ngo tempatan. Terima kasih semua media yang hebahkan. Terima kasih semua yang tag saya. Semoga Allah terima pengorbanan semua. Allah sayang semua." – Ebit Lew

UEL%2B3.jpg

UEL%2B4.jpg

UEL%2B5.jpg

UEL%2B6.jpg

UEL%2B7.jpg

UEL%2B8.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: