Lebih 350,000 ternakan ayam akan dihapus bendung selesema burung di Chiba, Jepun

11/02/2021 03:18 PM

TOKYO, 11 Feb — Kira-kira 356,000 ekor ayam akan dihapus di wilayah Chiba di Jepun ekoran wabak selesema burung, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik media Jepun pada Khamis.

Pihak berkuasa mengenakan kuarantin untuk mencegah pergerakan telur dan ayam dari kawasan sekitar ladang yang dilanda wabak, lapor Agensi Berita Kyodo.

Ini adalah penularan wabak selesema burung ke-10 di wilayah Chiba dengan sekitar 4.6 juta ayam telah dihapuskan.

Wabak selesema burung juga telah dikesan di wilayah Kagawa, Fukuoka, Hyogo, Miyazaki, Hiroshima, Nara, Oita, Wakayama, Okayama, Shiga, Kochi, Tokushima, Gifu, Kagoshima, Toyama dan Ibaraki.

Menurut Kementerian Pertanian, sekitar 9.3 juta burung domestik telah dihapuskan untuk mencegah penyebaran penyakit ini.

–BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: