EYRA BUAT LAPORAN POLIS KES ‘SCAMMER’: “TAK GUNA FAMILY KENYANG KALAU HARAM”

Image_1.jpg

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Eyra Hazali telah memuat naik beberapa paparan skrin akaun Facebook dan perbualan pihak terbabit.

Dalam entri tersebut, Eyra meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat sebuah akaun Facebook menggunakan foto dia sekeluarga berserta kapsyen palsu dengan tujuan menarik orang ramai menyertai perniagaan menjana pendapatan.

Malah, amaran Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, terhadap pemilik akaun tersebut agar menurunkan perkongsian tersebut tidak dihiraukan.

“Eyra terima satu DM Khamis lalu yang menyatakan ada satu akaun Facebook telah menggunakan gambar keluarga Eyra serta kapsyen yang palsu. Allahuakbar… Eyra dah pun hubungi orang tu untuk turunkan post itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Tapi mereka tak nak percaya Eyra pemilik gambar itu. Katanya ada ahli mereka yang beri, bila tanya… tak nak jawab dan sebenarnya ada bukti lain mereka memang suka-suka ambil gambar orang lain juga.

“Mereka pun tak nak turunkan post itu sebab mereka rasa marketing itu berjaya tapi tak! Walaupun Eyra ugut nak buat laporan polis pun dia tak takut mungkin seronok tengah pegang duit orang?” katanya.

Meninjau di bahagian komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang terhadap tindakan tidak bertanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Mr Grey’ ini akhirnya meneruskan langkah dengan membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai lagi tertipu dengan taktik kotor pihak terbabit.

“Tapi Eyra dah buat laporan polis. Gambar keempat sampai habis itu perbualan dengan orang lain dan boleh pula dia cakap salah beri? Dengan kenyataan macam itu, pakai gambar my family, boleh salah beri pula?

“Bila kantoi, terus dia block. Tolong sesiapa yang nampak post ini dekat Facebook, tolong komen dekat situ semua menipu. Dalam akaun FB dia tak ada post ini tapi selalu keluar dekat timeline yang lain as sponsored.

“Kalau terdesak sangat cari duit, banyak lagi cara yang halal. Bagi family kenyang pun tak guna kalau haram. MasyaAllah… Tolong sebarkan ya,” ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: