Pertandingan cipta logo Perak FC beri peluang peminat curah idea kreatif


Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi

10/02/2021 04:28 PM

IPOH, 10 Feb — Pertandingan mencipta logo Perak FC dapat memberi peluang kepada para penyokong pasukan The Bos Gaurus mencurahkan idea kreatif untuk penghasilan logo lebih menarik dan mampu menonjolkan identiti pasukan.

Presiden Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak ‘The Bos Gaurus – More Organised Brotherhood Soul’ (TBG MOBS) Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi berkata pandangan dan idea kreatif dalam kalangan peminat perlu diambil kira memandangkan logo yang akan diguna pakai menjadi satu legasi dan lambang kemegahan peminat serta penyokong bola sepak khususnya rakyat negeri Perak.

"Ditambah pula kita menyambut 100 tahun penubuhan Persatuan Bola Sepak Perak pada tahun ini maka adalah wajar sekiranya logo Perak FC dicipta dengan diberi idea baharu hasil daripada idea peminat dan penyokong pasukan Perak itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan agar pertandingan mencipta logo baharu Perak FC dibuat dan penyertaannya dibuka kepada seluruh rakyat jelata.

Baginda menitahkan perkara berkenaan berikutan logo yang dilancarkan Perak FC menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’ pada 30 Jan lepas itu mendapat kritikan dan reaksi negatif daripada para penyokong The Bos Gaurus.

Leave a Reply

%d bloggers like this: