Hab pengangkutan e-dagang rentas sempadan kereta api China-Eropah dirasmikan

10/02/2021 06:53 PM

XI’AN, 10 Feb — Hab pengangkutan e-dagang rentas sempadan perkhidmatan kargo "Chang’an" China-Eropah dilancarkan secara rasmi pada Selasa dengan kereta api membawa 41 kontena barangan khusus e-dagang berlepas dari stesen pusat kontena bandar Xi’an menuju ke Eropah.

Kereta api kargo China-Eropah itu mengangkut barang keperluan harian dihasilkan di Yiwu, Shenzhen dan Xi’an, seperti barang perhiasan, beg, pakaian dan perkakasan telefon bimbit.

Kereta api itu dijadual tiba di Jerman selepas 12 hari perjalanan sebelum muatan itu diedarkan ke beberapa negara Eropah lain termasuk Belgium dan Itali.

Timbalan Pengarah Seksyen Pelabuhan Xi’an, Su Guofeng berkata, perjalanan dan laluan kereta api "Chang’an" merupakan saluran logistik dan perdagangan penting susulan rekod trafik yang tinggi.

Beliau turut memaklumkan kos pengangkutan menurun sebanyak 80 peratus berbanding pengangkutan udara dengan kadar kelewatan hanya dua hingga tiga hari.

Jelas Su, bagi pengangkutan laut pula, ia akan menelan kos yang sama, namun lebih perlahan mengambil masa sehingga dua pertiga.

Untuk rekod, kereta api kargo "Chang’an" China-Eropah antara saluran logistik dan perdagangan utama yang menawarkan 15 laluan utama.

Pada 2020 sahaja, perjalanannya telah mencatat sebanyak 3,720 kali.

Perkhidmatan kereta api "Chang’an" ini, membolehkan bandar Xi’an menarik perusahaan e-dagang di seluruh negara bagi mewujudkan saluran utama e-dagang rentas sempadan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: