ABBY TUNTUT BALIK WANG RM160,000 URUSAN BELI TANAH TERTANGGUH SEJAK 2016

"Saya tak tahu nak kata macam mana perasaan saya sekarang tentang ini.. tak pernah sangka, akan deal dengan manusia yang putar alam macam Maslan bin Urmin ni.. sekejap cakap lain, sekejap cakap lain pulak.. sudahnya hampir 5 tahun berlalu, tak juga selesai-selesai lagi… Takut nak berurusan dengan bangsa lain kononnya bila melibatkan duit dengan jumlah yang besar ni sebab tak nak kena tipuuuu.. ni macam kenaa jugaaa ni.. sabarrr jeeee

"Saya diam je sebelum ni.. ada dalam group baca je perbualan antara pembeli-pembeli lain yang menjadi mangsa juga, nak buat itu.. nak buat ini.. last sekali tadi, pergi sign untuk kaveat tanah ni.. tapi pun tak tahu berapa tahun pulak kesudahannya… huurmmm.. bukan sikit duit saya beli tanah ni. RM160K tuuuu.. masa 2016 dulu.. Itupun jelah yang ada. Mak bantu juga, agar anak nya ada harta… Impian konon nak beli tanah, nak buat rumah begitu begini kata Mak.. sebab kita ni anak ramai.. biarlah ada jaminan untuk jangka panjang.. tapi macam kena main pulakkk..

"JOM BANTU SAYA CARI. Siapa punya Abah Maslan bin Urmin? Atau ada siapa-siapa yang kenal? Tolong saya jejak hamba ALLAH ni sekejap.. 5 tahun dah berlalu ni, meh munculkan diri selesaikan apa yang patut.. kalau dapat jumpa lagiii bagusss. Saya nak minta refund Tuan Maslan. Tawar hati dah nak beli tanah yang tah apa cerita ni… kalau tak saya tak halalkan dunia akhirat Sayangg @jaiezzany Saya tak nakkk dah tanah ni. Saya nak duittt saya balikkkkkk!!" demikian tulis pelakon Abby Abadi menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak tahun 2016, Abby berkata dia sudah tidak mahu mendiamkan diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160,000. Jelas Abby, urusan pembelian tanah tersebut dilakukan bersama dengan seorang individu yang dikenali sebagai Maslan Urmin namun terpaksa dilupakan buat seketika kerana banyak manipulasi dan penipuan telah berlaku.

Dia yang pada asalnya ingin mendirikan rumah di tanah berkenaan terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila terlalu banyak putar belit namun tidak juga selesai. Pelakon drama ‘Gerak Khas’ ini turut memberitahu bahawa ada ramai pembeli turut terpedaya dan menjadi mangsa kepada individu terbabit.

Tambah Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ini, dia kini tidak mampu bersabar lagi memandangkan perkara tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun. Dalam status tersebut, Abby menjelaskan hanya ingin haknya dikembalikan kerana bersusah payah mencari rezeki bukan untuk ditipu dan diperdaya.

Image_3.jpg

Abby dalam pada itu turut meminta bantuan netizen mencari dimanakah lokasi individu tersebut. Difahamkan lelaki berkenaan telah dijumpai hasil bantuan netizen yang menjejaki di mana keberadaan lelaki itu pada ketika ini. Berdasarkan informasi daripada kalangn warganet, individu yang dicari Abby adalah ayah kepada lapan adik-beradik yang baru-baru ini viral di Seksyen 19, Shah Alam kerana menyediakan barangan keperluan untuk diagihkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

"Alhamdullillah.. keluarga Maslan Urmin keluarga yang baik rupanya.. rajin bersedekah. Baru je viral mereka 8 beranak beri bantuan pada yang memerlukan ye? Saya pun baru tahu.. Ya ALLAH! Syukur dapat kenal & nak jumpa sangat supaya perjanjian saya dengan Abah mereka ni selesai dengan baik di dunia ni..

"Tolong sahabat-sahabat says disini.. Saya tak mampu dah nk bersabar dah. Siang malam senget-senget saya cari rezeki untuk membesarkan anak-anak, jual itu jual ini… sekarang, saya tak nak dah tanah yang dibeli tak dapat-dapat tu. Saya nak duit saya balikkkkkkkk!!! Tolong temukan saya dengan keluarga ni. Pleaseee!!

Image_4.jpg

"Sangat mulia membantu mereka yang memerlukan & lebih mulia bayar balik duit yang saya dah bayar untuk tanah di Beranang tu. Saya akan minta maaf pada mereka sebab gunakan media sosial untuk nak selesaikan hal ini, tapi saya tiada pilihan. Saya nakkan hak saya balik. Jangan pusing-pusing sangat! Salah orang ni. Jiwa kepolisan dalam diri ni kuat. Akan cari sampai ke akar umbi.. Lama dah saya sabar.. 2021 masa untuk dapatkan hak saya balikk. Saya boleh dapatkan surat polis untuk ke Shah Alam. Bagi je tarikh dan masa.. berdesuppp saya sampaii," ujarnya.

Dalam entri yang lain pula, Abby berkata yang dia belum lagi kalah dalam mendapatkan haknya. Jelas bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim, jika surat tuntutan tidak dibalas dalam masa seminggu dua ini, dia berseloroh akan berjoget di depan rumah individu tersebut.

"Saya belum menang untuk dapatkan hak saya dari Dato Seri Maslan Urmin dari Global Pandora.. tapi saya belum kalah ye.. Sabar jappp!! kita berlibur jap tenangkan hati.. surat tuntutan saya kalau tak dibalas dalam masa seminggu dua ni, saya akan joget macam ni depan rumah dia nanti.. Tungguuuuuu. Saya lama dah buang penyakit sawan dalam diri ni.., musim-musim covid ni, macam nak datang balik pulakkkk ni.. jaga-jaga Encik maslan.. lama dah sabar ni," tuturnya lagi.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: