Motoyama tiba di Malaysia

06/02/2021 08:29 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pemain import Kelantan United FC (KUFC) Masashi Motoyama yang juga bekas tonggak skuad kebangsaan Jepun tiba di sini, hari ini menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) 5 Mac ini.

Bekas pemain utama kelab Liga Jepun Kashima Antlers berusia 41 tahun itu perlu menjalani tempoh kuarantin wajib sebelum memulakan sesi latihan pertama bersama KUFC di Kota Bharu.

“Saya agak tidak sabar untuk menyertai pasukan ini (KUFC) dan bermain bersama mereka. Saya juga tidak sabar untuk bertemu peminat di Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda semua untuk saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, hari ini.

Motoyama merupakan seorang daripada anggota skuad kebangsaan Jepun memenangi Piala Asia edisi 2004.

KUFC sebelum ini mengesahkan mendapat khidmat Motoyama bagi menghadapi saingan musim 2021 melalui kerjasama strategik dengan syarikat pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult.

— BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: