“TAK SEMESTINYA SAYA TAK BERHIJAB, NI SYAITAN TAK ADA HATI PERUT” – RAJA ILYA

Pelakon Raja Ilya baru-baru ini dikecam teruk dan hangat diperkatakan selepas memuat naik foto perbandingan majlis perkahwinan di Australia dan Malaysia ketika fasa lockdown.

Meskipun hanya gurauan namun ramai yang salah faham dengan perkongsian Ilya itu sehingga ada yang mendakwa pelakon itu seolah menghina Malaysia.

Tampil menjelaskan mengenai foto tersebut, Ilya berkata dia tiada niat untuk mengguris hati mana-mana pihak. Apa yang ingin diberitahu adalah rakyat Australia amat paranoid untuk adakan majlis meskipun pada kadar sederhana.

"Terkejut bila post semalam viral. Mak ai, ada ke patut kata kita hina Malaysia? Buang tebiat ke apa? Nak Mampus kene tembak masuk Malaysia ke apa? Aduh pening baca samapi ada media lak kata kita banding kan wedding! Ya Allah sampai ke situ pulak!

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Ada ke manusia yang nk korek kubuq sendiri!! Aduh pening, post tu kan obvious kata "gambar hiasan" itu Bukan pun gambar Perth atau gambar Malaysia baru. Itu gambar Mungkin tahun 90an. Gambar tu kan namanya kata Orang sini paranoid gila, yang kita ni still move on. Betul apa," katanya.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Ilya membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya perkongsiannya itu menyakiti hati mana-mana pihak.

"Tak semestinya Ilya tak berhijab, Ilya ni syaitan Tak ada hati perut. Korang ni pun, come on, saling maaf bermaafan. Next time go easy on me ok. Now let’s focus and Doakan Tak ada yang Terkorban dalam kebakaran dekat sini ,habis satu Bandar debu kebakaran. Remember ilya Sayang Korang dan you guys always in my heart," ujarnya lagi.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: