SAMBUT BIRTHDAY ANAK – AMYRA ROSLI NAFI MEMBAZIR, HANYA KEK DISPLAY

Pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin baru-baru ini telah meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua mereka, Ayra Aryssa yang kini genap usia setahun.

Amyra menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi foto sambutan hari lahir anak perempuanya itu. Namun, foto yang dimuat naik oleh pelakon itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa Amyra membazir makanan apabila kek hari jadi anaknya itu dirosakkan dan dilumurkan ke pakaian.

Netizen turut mempersoalkan mengapa makanan diperlakukan sebegitu sedangkan ramai mereka diluar sana yang teringin nak makan kek tetapi tidak berkemampuan. Namun, ada yang mempertahankan pelakon itu dengan mengatakan kek tersebut dibuat untuk dihancurkan, bukan untuk dimakan.

Tidak membalas segala kecaman dilemparkan netizen, bagaimanapun pembuat kek tersebut iaitu Mad About Cake tampil menjelaskan hal sebenar. Menurut mereka, kek yang dirosakkan itu hanyalah kek display yang digunakan untuk tujuan bergambar. Ia diperbuat daripada suku sahaja bahagian kek dan selebihnya adalah krim. Bagaimanapun, mereka memohon maaf seandainya perkara itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang menganggap berlaku pembaziran makanan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Kami yang cadangkan untuk kek pameran. Kek pameran diperbuat dari suku bahagian kek dan selebihnya ‘dummy’ dan krim. Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang dan menyokong kami sejak dulu. Dalam keadaan sukar ketika ini, dia turut membantu kami dengan menempah kek serta mempromosinya secara percuma. Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terkesan," jelasnya.

Sementara itu, Amyra menjelaskan tindakan dia bersama suami serta anak-anak bergambar dengan kek yang ‘dihancurkan’ sempena hari jadi pertama Ayra bukanlah satu pembaziran seperti disangka netizen. Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, berkata, bahagian yang dihancurkan pada kek itu hanyalah krim di permukaan dan bukannya keseluruhan kek berkenaan.

"Kami tak membazir. Kami makan kek itu sampai habis selepas selesai mengambil gambar. Yang orang nampak itu hanya krim di permukaan saja dihancurkan, tapi bahagian dalam kek sebenarnya tetap kami makan dan ia memang sedap. Takkanlah kami tergamak membeli kek hanya untuk bergambar tetapi tak memakannya. Saya dan pembuat kek itu pun sudah berbincang supaya ia dibuat begitu dan tetap boleh dimakan," katanya.

Image_3.jpg

Pelakon yang popular dengan drama ‘Nur’ itu berkata, niatnya untuk mengambil konsep foto sedemikian hanya sebagai kenangan manis mereka sekeluarga terutama buat anak keduanya itu.

"Saya memang suka ambil gambar yang cantik-cantik untuk disimpan sebagai kenangan. Sewaktu hari jadi anak pertama, Aqeef Anaqi dulu pun, saya adalah buat sambutan sebegitu. Jadi, untuk Ayra pun saya terfikir mahu gambar yang menarik untuk dikenang. Apapun, saya ingin jelaskan bahawa tiada pembaziran pun berlaku dalam sambutan itu," ujarnya lagi.

Untuk makluman, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa, 1 tahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: