Jepun harap dapat anjur Olimpik Tokyo walaupun vaksin COVID-19 tidak diwajibkan


Giant Olympic rings can be seen after being reinstalled at the waterfront area in Odaiba Marine Park.

04/02/2021 06:44 PM

TOKYO, 4 Feb — Jepun tetap berharap dapat menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo, meskipun vaksinasi tidak diwajibkan ke atas peserta, kata seorang wakil jawatankuasa penganjur acara itu kepada Agensi Berita Sputnik pada Khamis.

Olimpik Tokyo pada awalnya dijadualkan pada 2020 tetapi ditangguhkan setahun akibat penularan COVID-19.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa pada Rabu mengeluarkan senarai peraturan keselamatan COVID-19 yang perlu dipatuhi. Senarai itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada vaksin COVID-19 akan diwajibkan atau sebaliknya.

"Kerajaan Jepun, pentadbiran Tokyo, dan jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 mengadakan beberapa pertemuan tahun lalu mengenai langkah-langkah membendung COVID-19 dan kami membincangkan bagaimana kami dapat mengajurkan temasya itu dengan selamat, walaupun tanpa vaksinasi," kata jawatankuasa itu.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan semula pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

Peraturan COVID-19 yang selamat untuk atlet, wartawan, dan pegawai dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

%d bloggers like this: