COVAX lancar penghantaran bekalan vaksin ke negara miskin

04/02/2021 02:27 PM

GENEVA, 4 Feb — COVAX dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu melancarkan program pertamanya untuk mengedarkan vaksin COVID-19 ke negara-negara membangun, lapor Agensi Anadolu.

Menurut program itu, menjelang pertengahan tahun, 3.3 peratus daripada 145 negara peserta akan mendapat dos tersebut.

"Edaran pertama merangkumi 240 juta dos vaksin AstraZeneca Oxford yang dilesenkan kepada Serum Institute of India," kata Ketua Pegawai Eksekutif Gavi, Sethy Berkley.

"Ia juga merangkumi 96 juta dos vaksin sama yang dijamin berdasarkan perjanjian pembelian hadapan yang ditandatangani antara GAVI dan AstraZeneca pada Disember.

"Ini juga termasuk 1.2 juta suntikan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19," kata Berkley.

Pengumuman dibuat oleh rakan kongsi COVAX pada sidang media maya.

"Ini sangat hebat. Kita boleh memulakan pemvaksinan untuk minggu-minggu akan datang," lapor Agensi Anadolu memetik penyelaras Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk program imunisasi, Ann Lindstrand,

Menurut Gavi untuk peringkat awal 337.2 juta dos akan diedarkan selewat-lewatnya akhir Februari.

Jumlah terbesar akan dihantar ke India (97.2 juta), diikuti Pakistan (17.2 juta), Nigeria (16 juta), Indonesia (13.7 juta), Bangladesh (12.8 juta), Brazil (10.6 juta), Kenya (4.2 juta), Sudan (3.4 juta) Yaman (2.3 juta) dan Syria (1.02 juta).

COVAX ditubuhkan bertujuan untuk memastikan pengedaran vaksin secara adil kepada negara-negara dan penduduk yang memerlukan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: