Safe Aim Mutual anjur program pencarian pelumba muda

03/02/2021 03:39 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas, Safe Aim Mutual Sdn Bhd akan mengadakan program pencarian bakat pelumba muda bagi menyertai tiga kategori satu pengeluar perlumbaan (One Make Race) dua roda tersebut pada musim ini.

Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 13 hingga 18 tahun yang ingin menceburi dunia perlumbaan permotoran buat pertama kali.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg berkata mereka yang berminat hanya perlu mendaftar nama masing-masing di laman sesawang program berkenaan, https://www.malaysiancubprix.com/rider-search-2021/ yang dibuka bermula hari ini sehingga 15 Feb.

"Pelumba yang disenarai pendek akan diminta hadir pada sesi pemilihan seterusnya yang akan dianjurkan oleh pihak Honda dan Yamaha,” katanya.

Tiga kategori utama Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas adalah CP150, CP125 dan Wira KBS.

Leave a Reply

%d bloggers like this: