Pengguna internet China hampir 1 bilion

03/02/2021 07:44 PM

BEIJING, 3 Feb — Jumlah pengguna internet China mencecah 989 juta pada akhir tahun lalu, meningkat 85.4 juta dari Mac 2020, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut statistik pembangunan internet Pusat Maklumat Rangkaian Internet China dikeluarkan pada Rabu, peratusan kadar ketersediaan internet meningkat 5.9 mata dari Mac kepada 70.4 peratus.

Sebanyak 986 juta rakyat menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet, merangkumi 99.7 peratus populasi dalam talian, kata laporan itu.

Kira-kira 309 juta, atau 31.3 peratus populasi dalam talian, tinggal di kawasan luar bandar, meningkat 54.71 juta dari Mac.

Sementara itu, kadar ketersediaan internet di kawasan luar bandar menghampiri 56 peratus, meningkat 9.7 mata peratusan dari Mac.

Leave a Reply

%d bloggers like this: