“AKU TAK MINTA…” – ZYNAKAL KEMBALI AMBIL UBAT STABIL EMOSI, KISAH SILAM DIUNGKIT

"Saya pun manusia biasa ada hati dan perasaan mungkin terasa sedikit dengan kata-kata itu, komen macam tu rasa tak best sikit lah. Dia komen benda yang dah lepas, kita nak lihat ke hadapan dan kadang-kadang ada orang yang membangkitkan isu yang dah lepas… jadi kita tak ada peluang untuk bergerak ke hadapan," kata penyanyi Zynakal.

Zynakal mengakui terasa hati dengan satu komen yang menyentuh masalah kesihatan mental yang dilaluinya sebelum ini. Cerita Zyn, situasi itu timbul apabila seorang pengikut Instagram ‘menyerangnya’ dengan kata-kata tidak sepatutnya selepas dia menulis komen berbentuk gurauan di posting penyanyi Andi Bernadee.

Zynakal turut berkongsikan paparan skrin memaparkan komen-komen negatif daripada seorang netizen yang mengkritiknya serta menyamakannya suaranya dengan beruk. Tenang menerima kata-kata hinaan tersebut, penyanyi itu berkata dia hanya manusia biasa dan berterima kasih dengan tohmahan yang diberikan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa. Terima kasih untuk kata-kata, hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada," tulisnya.

Bercakap tentang status kesihatan terkini, dia masih berehat dan memerlukan pengambilan ubat bagi mengurangkan masalah kesihatannya. Sekitar September 2019, Zyn disahkan menghidap bipolar mania dan menerima dirawat di HKL selepas menyerang seorang pekerja stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: