USIA 42 TAHUN – AZRINAZ DEDAH KINI SEDANG HAMIL 7 BULAN ANAK KEEMPAT

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 42, baru-baru ini telah mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia kini sedang sarat hamil tujuh bulan anak keempat. Perkongsian itu dibuat Azrinaz menerusi laman Instagramnya pada Isnin dengan memuat naik gambarnya yang jelas kelihatan baby bump.

"Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang. Saya kini hamil anak keempat. Sekarang saya sedang sarat hamil tujuh bulan atau lebih tepat lagi kandungan ini sudah memasuki minggu ke-30. Alhamdulilah syukur," katanya.

Azrinaz berkata, dia tidak menyangkakan akan hamil sekali lagi dalam jarak masa yang agak dekat dengan anaknya sebelum ini, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun. Azrinaz walau bagaimanapun tidak mendedahkan jantina kandungannya itu.

"Allah memberikan rezeki kepada saya dan suami dengan memberikan satu lagi amanah zuriat untuk kami jaga di kala usia begini. Saya tidak menyangka akan sekali lagi hamil dengan jarak usia yang agak rapat dengan Areesya Malaykha, tapi buat apa nak tunggu lagi sedangkan saya boleh melakukannya sekarang. Doakan proses bersalin anak ini nanti berjalan dengan selamat dan lancar, InsyaAllah," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Untuk makluman, Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 45, pada 1 Mei 2018 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Azrinaz.

Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak tahun 2017 sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 dan hasil perkahwinan itu Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13 tahun.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: