“HAPPY 26TH BIRTHDAY MUMMY, TERIMA KASIH MENJADI IBU TERBAIK UNTUK ANAK KITA” – AIMAN

Hari ini 1 Februari merupakan ulang tahun kelahiran ke-26 pelakon Zahirah Macwilson. Sempena hari lahir Zahirah, pelakon Aiman Hakim Ridza telah memberikan dedikasi teristimewa buat isterinya menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Sambil menyatakan rasa terima kasih kerana menjadi ibu terbaik buat anak mereka, Aiman turut terharu atas pengorbanan yang telah diberikan isteri tersayang.

"Happy 26th Birthday Mummy @zahirahmacwilson! Thank you for being a great mum to our son. Thank you for sacrificing your time, body, youth, and even your birthday for raising our child with all the love in the universe.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Nothing can replace or exchange what you have done and both of us appreciate every tiny subtomic bit of it!! Love you mummy!!! Nanti dah habis pantang we go makan2 just the three of us okay!!! Its a date!!! Daddy belanja!" tulisnya.

Sambil berkongsikan dua keping foto kandid mereka, entri yang sudah pun menerima lebih 130,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan sama oleh peminat buat Zahirah.

Untuk makluman, pasangan selebriti yang mula menarik perhatian ramai setelah digandingkan bersama menerusi drama ‘Curi-Curi Cinta’ ini itu mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya. Hasil perkahwinan itu, Zahirah dan Aiman dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: