Perlindungan ekologi kian dipergiat di Tibet

21/01/2021 06:50 PM

BEIJING, 21 Jan — Dikenali sebagai "Menara air Asia" atau "pola ketiga di bumi", Wilayah Autonomi Tibet di barat China kini dilaporkan mempunyai kawasan perlindungan ekologi seluas 539 ribu kilometer persegi, meliputi kira-kira 45 peratus wilayah tersebut.

Tibet yang juga tempat puncanya bagi banyak sungai dan tasik di China, Asia Selatan dan Asia Tenggara kini memiliki sebanyak 22 kawasan perlindungan ekologi dengan 56 kawasan perairan sungai diwartakan sebagai kawasan larangan untuk melombong pasir.

Lantaran itu, jumlah hari dengan mutu udaranya yang baik untuk sepanjang tahun dicatat sebanyak 99.4 peratus sementara kualiti sumber air minuman berjaya mencapai 100 peratus berbanding standard ditetapkan.

Untuk rekod, kerajaan tempatan di kawasan yang merupakan kawasan utama bagi Daratan Tinggi Qinghai-Tibet itu turut memperuntukkan RMB12.2 bilion (RM7.17 bilion) bagi perlindungan ekologi.

Hasilnya, lima bandar dan tiga kaunti di wilayah itu menjadi kawasan contoh bagi pembangunan ekologi kebangsaan.

Selain itu juga, sekitar 47 peratus padang rumput kini diliputi dengan tumbuh-tumbuhan, manakala jumlah jenis haiwan liar kian bertambah yang sehingga kini sebanyak 1,072 spesies.

Memandangkan sara hidup sejumlah besar penduduk bergantung kepada perlindungan ekologi, pada 2020 kerajaan wilayah Tibet terus memperkasakan perlindungan ekologi.

Meskipun sasaran untuk menjamin mutu udara, melindungi sumber air dan mengawal pencemaran di kawasan luar bandar secara asasnya sudah dicapai, namun pemulihan ekologi di pelbagai sungai utama masih giat dijalankan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: