MASA MUDA PEROKOK TEGAR – BOB LOKMAN KESAL: “AKHIRNYA JADILAH MACAM INI…”

"Ketika muda saya memang banyak menghisap rokok. Bayangkanlah macam mana nak hidup sihat. Akhirnya, jadilah macam ini dan saya kira ia salah satu sebab saja," demikin kata pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 56, yang kesal kerana pernah menjadi perokok tegar ketika usia muda yang akhirnya membawa dia berhadapan masalah kesihatan.

Awal Disember lalu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan degupan jantung iaitu Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) dengan kos kira-kira RM60,000 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Menurut Bob, pasti tahap kesihatan jantungnya masih kekal sehingga 100 peratus jika dia tidak mengamalkan tabiat menghisap rokok dulu.

Bob berkata, luahannya itu bukan untuk diri sendiri, tetapi dia turut melihat keadaan sama yang berlaku kepada rakan-rakannya yang sakit mahu pun sudah meninggal dunia.

"Sesiapa ada sejarah dengan rokok, saya tahu macam mana sifatnya orang yang merokok ini. Sama macam sayalah yang banyak hisap rokok dahulu, akhirnya memang beri kesan kepada kesihatan diri.

"Tak mudah sebenarnya nak berhenti merokok. Jika boleh berhenti pun sekejap pada bulan Ramadan, tapi lepas saja berbuka puasa mesti akan ‘qada’ rokok itu lebih lagi," tuturnya.

Bob bagaimanapun kini bersyukur kerana kesihatannya makin stabil, sihat dan beransur pulih. Katanya, hasil pemeriksaan doktor sebanyak empat kali setakat ini memaklumkan tahap penggunaan jantungnya itu sudah naik melebihi 30 peratus.

Leave a Reply

%d bloggers like this: