Gempa bumi sederhana gegar rantau Taiwan

17/01/2021 08:31 AM

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar rantau Taiwan, pada 7.10 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 113 kilometer (km) timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

Leave a Reply

%d bloggers like this: