MAHU JADI BAIK – ZIZI KIRANA GIGIH PADAM GAMBAR SEKSI DI IG

"Satu hari selepas solat Subuh, saya menerima kiriman mesej daripada ibu. Selepas dia bertanya sama ada saya sudah solat Subuh atau belum, saya nampak lagi dia sedang menaip sesuatu. Dia ambil masa yang agak lama juga sebelum mengirimkan mesej itu kepada saya.

"Intinya adalah dia meminta supaya saya memadam gambar-gambar seksi di Instagram dan menasihati saya supaya menjaga pemakaian saya," demikian kata penyanyi, Zizi Kirana yang akhirnya tekad memadam semua gambar seksinya di Instagram.

"Sebenarnya, sejak awal tahun lalu lagi saya sudah mula terfikir mengenai perkara ini lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda Covid-19. Saya sentiasa berfikir, kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Jadi, tak salah kalau kita semua berubah ke arah yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar

ZK%2B2.jpg

"Lagi satu, saya sendiri pun tak tahu sama ada saya atau ibu saya yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu. Jadi, sementara dia masih ada, saya tak mahu kecewakannya dan tunaikan permintaannya untuk kebaikan saya," ujarnya dipetik sebagai berkata apabila memilih untuk perlahan-lahan mengubah dirinya ke arah kebaikan.

Mengenai video tular yang memperlihatkannya sedang mengaji al-Quran, katanya itu adalah video rakaman untuk satu program bercorak keagamaan yang akan ditayangkan di kaca TV menjelang Ramadan ini.

ZK%2B3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: