Empat kapal China ceroboh perairan Jepun

13/01/2021 03:33 PM

TOKYO, 13 Jan — Empat kapal China menceroboh perairan wilayah Jepun berhampiran Kepulauan Senkaku yang menjadi pertikaian, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut Agensi Berita Kyodo pada Rabu, memetik perkhidmatan keselamatan Jepun, ini adalah pelanggaran pertama didaftarkan pada 2021.

Pada 2020, Jepun merekodkan 24 kes kapal China memasuki sempadan perairannya dan 333 kes menceroboh zon sempadan Jepun.

Pada pertengahan Oktober, kapal-kapal China memasuki perairan wilayah Jepun dan beredar 57 jam kemudian, mencatatkan rekod baharu tempoh tinggal di kawasan itu.

Rekod sebelum ini pada Julai, ketika kapal-kapal China belayar di wilayah laut Jepun selama 39 jam.

Kepulauan yang dipertikai itu dikenali sebagai kepulauan Diaoyudao di China, sudah sekian lama menjadi perebutan antara China dan Jepun.

Tokyo bertegas ia berhak ke atas kepulauan itu sejak 1895 dan Beijing pula menganggapnya sebagai wilayah China pada peta Jepun sekitar 1783 dan 1785.

Selepas berakhirnya Perang Dunia II, kepulauan itu dikendalikan Amerika Syarikat dan diserahkan kepada Jepun pada 1972.

China percaya Jepun merampasnya secara tidak sah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: