Pengguna aplikasi telegram cecah 500 juta

13/01/2021 11:11 AM

ANKARA, 13 Jan — Aplikasi pesanan Telegram menjangkau lebih 500 juta pengguna aktif, mencatat 25 juta pengguna baharu dalam tempoh 72 jam terakhir, menurut pengasasnya Pavel Durov.

Jumlah pengguna melebihi 500 juta pada minggu pertama tahun baru, Agensi Anadolu memetik Durov.

"Seramai 25 juta pengguna telah menyertai Telegram dalam 72 jam terakhir. Sebanyak 38 peratus adalah dari Asia, 27 peratus dari Eropah, dan 21 peratus dari Amerika Latin," katanya.

Perkhidmatan pesanan WhatsApp minggu lalu memaksa ramai pengguna supaya bersetuju dengan peraturan privasi baharu untuk berkongsi data peribadi dengan syarikat Facebook.

Pengguna tidak dapat menggunakan perkhidmatan aplikasi kecuali mereka menerima syarat tersebut.

Leave a Reply

%d bloggers like this: