Lelaki maut terkena renjatan elektrik di Labuan

13/01/2021 09:52 PM

LABUAN, 13 Jan — Seorang lelaki berusia 26 tahun maut akibat terkena renjatan elektrik berhampiran sebuah jambatan kayu di perkampungan setinggan atas air Saguking di sini lewat malam tadi (12 Jan).

Lelaki itu, seorang penduduk tetap Malaysia, ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang penduduk kampung yang lalu di jambatan itu dan terus memaklumkan kepada polis.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim MohdGhani berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.

“Kami menerima laporan pada 2.56 pagi mengenai penemuan mayat itu. Apabila diperiksa, kami menemui satu kebakaran semak telah berlaku berhampiran tempat kejadian dan lelaki itu telah disahkan terkena renjatan elektrik selepas satu post mortem dilakukan ke atasnya,” katanya kepada Bernama.

Leave a Reply

%d bloggers like this: