AYDA TERKILAN INDIVIDU MINTANYA BERCERAI DENGAN NABIL, KAHWINI ZUL ARIFIFN

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menerusi Instagram (IG) Story baru-baru ini telah berkongsi satu hantaran dimana dia menerima mesej peribadi daripada seorang pengikut yang memintanya bercerai dengan pengacara Nabil Mahir dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin yang dirasakan lebih baik.

Walaupun usia perkahwinannya baru memasuki hari ke 14, Ayda dalam entri itu nyata terkilan dengan mesej seorang pemilik akaun yang menggunakan nama amir_akrhonianz.

"Ceraikan jelah suami awak tu… Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin," tulis pemilik akaun tidak bertanggungjawab itu.

"Ada lagi orang macam ini," tulis Ayda di IG Story beserta tangkap skrin yang dihantar pemilik akaun terbabit.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebelum ini pernah timbul gosip mengatakan wujud cinta lokasi membabitkan Ayda dan Zul selepas drama ‘Rindu Awak 200%’ ini mencetuskan fenomena luar biasa ketika bersiaran di TV3 beberapa tahun lalu.

Impak daripada populariti drama terbabit, pasangan itu sekali lagi digandingkan bersama dalam drama bersiri ‘M.A.I.D.’ Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan itu sebaliknya menganggap hubungan mereka hanyalah rakan sekerja.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: