Twitter MCMC diceroboh, akaun digantung sementara

13/01/2021 12:46 AM

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) digantung buat sementara berikutan diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jabatan Komunikasi dan Korporat MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan mesej mencurigakan melalui akaun itu tidak dikeluarkan oleh MCMC.

“Orang ramai dinasihati agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan,” kata kenyataan itu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: