PKP & BANTU KELUARGA, PUNCA BELUM JUTAWAN – ACHEY BERHASRAT BUKA KEDAI RUNCIT

"Kalau dikira-kira dari tahun 2013, saya sudah jutawan tapi sejak kebelakangan ini susut sedikit pendapatan. Bukan hanya kesan daripada PKP, tapi saya banyak tanggungan terutama ibu bapa dan mentua.

"Adik-beradik pun kalau ada masalah kewangan saya akan tolong. Tapi, saya bukan boleh tolong semua. Saya akan tanya mereka susah dari segi apa, kalau boleh bantu saya akan bantu," jelas pelawak dan pelakon Achey Bocey.

Menurut Achey, dia belum mencapai status seorang jutawan, namun jika dihitung pendapatannya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni iaitu pada 2013, dia sudah bergelar seorang jutawan.

Dalam pada itu, Achey berhasrat untuk terus maju dalam bidang perniagaan sendiri, walaupun sering dipilih menjadi wajah atau duta sesuatu produk tempatan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Achey yang ditemui pada majlis pelancaran produk makanan, Palut’s Superhero itu berkata, selepas memahami serba sedikit selok-belok perniagaan dia bercadang untuk mengusahakan perniagaan kedai runcit tahun ini.

"Insya-Allah, saya memang sudah lama ingin menjalankan perniagaan kedai runcit. Contohnya Lan Solo pun ada kedai runcit. Tahun ini, banyak perancangan perniagaan yang terkandas.

"Sebelum ini saya cakap nak buka kedai aksesori motosikal, namun tidak dapat dilaksanakan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi untuk perniagaan kedai runcit, saya sudah tengok beberapa kawasan. Insya-Allah, doakan yang baik-baik," tuturnya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: