Sekurang-kurangnya 10 maut akibat salji lebat di Jepun


Pix source: https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/8-more-die-as-snow-batters-japan/2106100

12/01/2021 12:44 PM

TOKYO, 12 Jan — Jumlah korban akibat salji lebat di Jepun meningkat kepada 10 orang, sementara lebih 300 lagi cedera, lapor Agensi Berita Sputnik.

Empat kematian dilaporkan di wilayah Niigata dan 148 lagi cedera manakala di wilayah Fukui, 64 orang cedera, memetik penyiar NHK pada Selasa.

Di wilayah Toyama, yang menyaksikan buat pertama kali merekodkan salji setebal 100 sentimeter dalam tempoh 35 tahun, menyebabkan dua orang maut sementara 91 yang lain cedera.

Satu kematian turut dilaporkan di wilayah Ishikawa.

Minggu lalu, kawasan utara dan barat Jepun dilanda salji lebat yang turut mengakibatkan gangguan lalu lintas di banyak wilayah dan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan.

Perkhidmatan kereta api turut dilaporkan terjejas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: