“SAYA DAH TAHAP KRITIKAL…” – ELYANA SEDIH APABILA RAMAI TAK PERCAYA DIRINYA SAKIT

"Terus terang saya katakan, depan kamera saya akan kelihatan sebegini. Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun, sampai bila bila. Saya minta maaf. Saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit, ataupun saya tipu saya sakit.

"Sakit ni bukan main main. Ada sesetengah orang, selagi mereka tak nampak depan mata, selagi itu mereka takkan percaya," tutur penyanyi Elyana yang sebelum ini mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma.

Bulan lalu, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima. Malah, Elyana berkata doktor memaklumkan sel kanser berkurangan namun kini ia turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Apa yang membuat Elyana sedih, ada yang tidak percaya dengan sakit yang dialaminya, malah ada yang tergamak menuduhnya menipu, hanya kerana tidak pernah berkongsikan kesakitan dialaminya di media sosial.

Menerusi satu temubual bersama Malaysia Hari Ini (MHI), Elyana berkata dia tidak akan sesekali menunjukkan kesakitannya kerana dikenali sebagai seorang penghibur bukan mahu meminta simpati.

"Tapi saya minta maaf awal-awal, saya takkan tunjuk sakit depan kamera. Saya seorang penghibur, saya nak menghiburkan orang, saya bukan nak orang simpati pada saya. Saya cuma nak doa orang-orang luar sana untuk saya. Saya nak mereka ingat nama saya dalam doa mereka," katanya.

Dalam pada itu, menerusi temubual tersebut, Elyana tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menggambarkan kesakitan yang dialaminya dan mengakui dia sudah berada di tahap kritikal.

"Tapi, di belakang kamera , saya sebenarnya sakit, saya struggle sangat!. Macam pesakit kanser lain juga, saya sakit sepanjang masa. Tahap saya bukan tahap yang rendah lagi.

"Saya dah tahap yang kritikal. Saya kena teruskan hidup dengan kehidupan yang positif. Saya taknak fikir yang saya sakit, ia akan menyakitkan saya lagi. Saya akan buat macam biasa, positifkan diri. Kalau perlu buat kimo lagi, saya akan buat," ujarnya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: