ANAK DEDAH BEKAS SUAMI TIDUR SEBILIK DENGAN TEMAN WANITA – FATIN AFEEFA LUAH BENGANG

Pelakon Fatin Afeefa menerusi Insta Story telah memuat naik video perbualan antaranya bersama anak perempuanya dan ia hangat diperkatakan sejak malam tadi.

Perkongsian itu ternyata mengejutkan ramai peminat apabila anaknya, Ivy Herra Sophia, 5 tahun mendedahkan bahawa dia tidur sebilik bersama ayahnya, seorang wanita dan seorang lagi nama yang turut disebut.

Fatin turut sempat bertanyakan kepada anaknya adakah mereka tidur sebilik dan jawapan diberikan oleh anaknya itu sangat mengejutkan apabila dia menjawab ya.

"Ivy tidur dengan daddy, aunty Candy, dengan abang Danial," kata anaknya di dalam video itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menerusi beberapa perkongsian lain, Fatin dilihat memuat naik skrin panggilan video itu berserta kapsyen seolah berang dan marah dengan apa yang berlaku.

"Selama ini saya sering dilabel sebagai jahat tapi saya tak pernah babitkan anak saya dalam hubungan cinta. Saya tak pernah bawa anak saya untuk tidur bersama dengan orang yang belum saya berkahwin di dalam bilik yang sama. Tolong jangan kacau anak saya dan biarkan dia," luahnya.

Tidak hanya setakat itu, Fatin turut memuat naik perbualan WhatsApp bersama bekas suaminya bertanyakan mengenai hal itu serta mempersoalkan perbuatan tersebut tidak sepatutnya dilakukan depan anak-anak.

Image_3.jpg

Dalam beberapa perkongsian lagi, Fatin turut mendakwa mempunyai video penuh perbualan bersama anak perempuannya. Katanya lagi, itu serta mengajak bekas suaminya untuk menyelesaikan masalah tersebut termasuklah nafkah yang tidak pernah diterimanya sejak 4 tahun lalu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Fatin dilihat telah memadam semua perkongsian tersebut serta memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita mengenai hal rumah tangganya kepada umum.

Untuk makluman, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga dengan Adam Shahz pada 2013 namun bercerai pada 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aish Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: