ZOEY PEKAKKAN TELINGA BILA DITUDUH SYOK SENDIRI BELI KERETA GUNA SYARIKAT

"Kenyataan yang keluar dalam media sebelum ini mengatakan kereta itu dihadiahkan oleh staf saya adalah tidak betul. Sebaliknya, kereta itu dihadiahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Mika Series kepada saya.

"Saya tahu ada netizen yang mengecam saya di atas pembelian kereta ini, ada yang kata saya syok sendiri. Padahal memang saya tidak tahu kejutan yang mahu diberikan mereka kepada saya.

"Bagi saya tiada masalah pun kalau netizen nak menghentam saya sebab sebagai selebriti apa sahaja yang kita buat ada yang suka dan pasti juga ada yang tak suka kita.

"Saya jadikan cacian mereka itu sebagai pembakar semangat untuk saya lebih berjaya dalam bidang perniagaan. Saya cuma pekakkan telinga sahaja bila dicaci atau dimaki," demikian kata pelakon Zoey Rahman.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Zoey yang menginjak usia 36 tahun pada 3 Januari lalu itu tidak menyangka dia akan menerima hadiah istimewa berupa sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire bernilai lebih RM300,000 daripada syarikat yang diusahakannya, Mika Series.

Namun begitu, niat Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Abd Rahman berkongsikan berita gembira itu telah disalah anggap segelintir netizen yang menyifatkan Zoey yang juga usahawan produk set kecantikan kosmetik itu sebagai syok sendiri.

Menurut netizen, Zoey tidak sepatutnya berasa teruja dengan hadiah tersebut kerana ia dibeli dengan menggunakan wang syarikat yang diusahanya sendiri.

Image_3.jpg

Enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan masyarakat luar, Zoey hanya mahu menghargai pemberian yang dihadiahkan oleh ahli lembaga pengarah Mika Series kepada dirinya.

Mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik sejak tiga tahun lalu, Zoey juga bersyukur apabila bisnesnya kini semakin berkembang maju dan akan menggunakan kenderaan yang diterimanya demi memperluaskan produk jualannya.

"Setakat ini, syarikat saya sudah mempunyai seramai 10 orang pekerja dan kereta yang saya dapat ini pun akan digunakan untuk tujuan kerja juga.

"Mulanya ingat nak trade in kereta lama saya, Kia Sportage tapi sayanglah pula sebab tinggal tiga tahun sahaja lagi nak habis bayar," ujarnya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: