FEBRUARI INI – LUQMAN HAFIDZ UMUM ISTERI BAKAL BERSALIN ANAK SULUNG

"Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini InsyaAllah. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan keluarga lepas pengumuman esok (hari ini). Amin," kata pelakon Luqman Hafidz, 30, yang mengumumkan bakal menyambut cahaya mata pertama pada Februari ini.

Luqman berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram dengan memuat naik gambar bersama isterinya, Nurul Atiqah yang jelas kelihatan sedang sarat mengandung.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dengan berita berkenaan dan turut mendoakan agar urusan isteri dan anak yang bakal dilahirkan dipermudahkan.

Pelakon ‘Ola Bola’ itu mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu ketika negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup dengan dihadiri 10 orang tetamu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: