China umum kertas putih kerjasama pembangunan antarabangsa

10/01/2021 07:32 PM

BEIJING, 10 Jan — China hari ini mengumumkan kertas putih mengenai kerjasama pembangunan antarabangsa China.

Bertajuk ‘Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China pada Era Baharu’, kertas putih itu dilancarkan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China.

Kertas putih itu antara lain mengandungi mengenai skop kerjasama pembangunan antarabangsa China yang terus meningkat sejak 2012.

Dalam pada itu, china memberi keutamaan kepada negara paling kurang maju di Asia dan Afrika serta negara membangun yang terlibat dalam Inisiatif Jalur & Laluan (BRI).

Menurut kertas putih itu, berpandukan misi membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, kerjasama pembangunan antarabangsa China pada era baharu ini mempunyai konotasi lebih mendalam dan sasaran lebih jelas.

Walaupun dunia ini sedang mengalami pelbagai perubahan, namun kedamaian dan pembangunan, serta kerjasama saling menguntungkan tetap menjadi arus perdana perkembangan zaman.

Pelbagai negara patut meningkatkan perpaduan dan penyelarasan, memperkasa hubungan perkongsian sama rata, terbuka dan inklusif serta saling menguntungkan, ke arah merealisasikan kedamaian dan pembangunan yang mampan untuk jangka masa panjang.

Kertas putih itu menegaskan, China akan terus meningkatkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan menyumbang tenaga sendiri dalam pembangunan global.

Leave a Reply

%d bloggers like this: