BERSYUKUR RUMAH TANGGA MASIH UTUH – INI UCAPAN SHUK UNTUK ISTERI

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, penyampai stesen radio Hot FM iaitu Shuk Sahar meluahkan rasa syukur rumah tangga dibina dengan isteri tersayang, terus utuh, meskipun hampir goyah dek kontroversi konon wujud ‘orang ketiga’.

Pada 20 Disember lalu, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah meraikan ulang tahun kelima perkahwinan dimana mereka dikurniakan mereka dua cahaya mata. Atas nikmat diberi, Shuk berterima kasih kepada isterinya yang setia bersama.

"Terima kasih isteri kerana hingga hari ini masih bersama. Dialah yang terus setia menguruskan makan pakai saya dan anak. Gelaran isteri bukan biasa untuk digalas wanita. Kalau orang kata lelaki selalu nampak gagah, tidak semestinya boleh dibandingkan dengan wanita bergelar isteri.

"Semoga ‘kegagahan’ isteri saya kekal ke Jannah. Kalaulah ‘kegagahan’ isteri dapat dilihat secara fizikal, barangkali isteri saya sudah tampak seperti ahli bina badan. Terima kasih kerana membahagiakan saya dan anak. Maaf atas kekurangan saya selama ini," katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam perkembangan lain, Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar terus mendapat kepercayaan penerbit mengacarakan program popular.

"Tahun ini, masuk musim keempat saya mengacarakan program muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia. Alhamdulillah, rezeki masih berpihak kepada saya dan Sean Lee. Uji bakat pun sudah bermula.

"Saya berterima kasih kepada penerbit Mas Ayu yang memberi kepercayaan saya mengemudi pertandingan itu dari musim pertama lagi," tuturnya yang turut bersaing dalam program realiti, Muzikal Lawak Superstar melalui kumpulan Mashuk berganding dengan Mark Adam dan Achey..

Mengendalikan Geng Pagi Hot FM bersama Fizie dan Shuib, Shuk terus memberi perhatian utama kepada tugas di stesen radio: "Semuanya menyeronokkan dan istilah ‘overshadow’ (bersaing) antara kami tidak pernah wujud," jelasnya.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: