BELI RUMAH 2018 – ELIZAD & SUAMI BERHARAP 2021 SIAP, PUNYAI ZURIAT SENDIRI

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon dan penyampai radio Elizad Sharifuddin telah memaklumkan rumah yang dibeli bersama suaminya, Shamsul Bahrin kini sudah siap sepenuhnya.

Dalam masa sama, Elizad menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-6 tahun itu berkongsi cerita perihal tentang dirinya yang masih belum dikurniakan zuriat. Elizad turut berharap peminat akan sentiasa mendoakan buat dirinya agar memiliki cahaya mata.

"We bought this house in 2018, dgn harapan 2021 siap, kami ada zuriat sendiri. Nampaknya kita masih lagi berdua Sayang ku. It seems that your wife ni terpaksa jadi "baby kecik" utk meriah kan keluarga kecil kita.

"Really hope u tak boring dgn I, memandang kan wife u belum ada rezeki nak bagi u zuriat sendiri. Selamat ulang tahun ke6 Sayang ku. Terima kasih selalu layan, sabar & protect I.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Inshaallah kita sama2 doa & terus berdoa lagi. Love u till Jannah Sayang. Rabbi laa tadzarnii fardan wa-anta khayrullwaaritsiinn. Your Riding partner for life, 11th January," tulisnya.

Untuk info, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Sebelum ini, bintang drama bersiri ‘Syurga Yang Kedua’ ini telah menjalani rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata bersama suaminya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: