TAK HARAP ‘WEDDING OF THE YEAR’ – DITAJA RM13.5 JUTA, HARRIS & INTAN ANGGAP REZEKI

Tinggal kurang sebulan sahaja lagi, pasangan Harris Alif, 21, dan Intan Ladyana, 38, bakal disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 6 Februari depan. Ramai peminat yang menanti majlis perkahwinan pasangan yang mempunyai perbezaan usia 17 tahun itu.

Lebih bertuah apabila Harris dan Intan menerima tajaan sebanyak RM13.5 juta daripada Ceres Jewel. Harris yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara itu menyifatkan segala tajaan yang diperoleh sebagai rezeki untuk mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Anugerah’ itu turut berkata dia dan Intan tidak merancang untuk menjadikan perkahwinan mereka ‘Wedding Of The Year’.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Bagi saya ini semua rezeki nak kahwin. Saya dan Intan tak ada rancangan untuk jadikan majlis perkahwinan kami sebagai ‘Wedding of The Year’. Majlis perkahwinan itu untuk meraikan dan menjemput orang datang makan. Biar sederhana tapi semua orang gembira," kata Harris atau nama penuhnya Nor Harris Alif Nor Rashidi.

Sementara itu, Intan atau sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, enggan meletakkan sebagang harapan sehingga majlis mereka boleh dilabel sebagai ‘Wedding of The Year’.

"Saya tak berani nak cakap ‘Wedding Of The Year’ sebab tak meletakkan harapan yang tinggi. Sebenarnya, saya bersyukur dan amat menghargai dengan semua pihak yang ingin menaja. Paling penting, kami tak nak bertanding dengan sesiapa pun," ujar aktres itu.

Image_3.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: