Kira-kira 100 ahli Warisan Putatan keluar parti, sertai Star

09/01/2021 06:17 PM

KOTA KINABALU, 9 Jan — Kira-kira 100 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Putatan didakwa keluar parti dan menyertai Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR) hari ini.

Ketika membuat dakwaan itu, bekas Ketua Wanita Warisan bahagian berkenaan Noraini Omar berkata mereka bertindak demikian kerana mahu terlibat dalam usaha memperkasa wanita di peringkat bahagian berkenaan.

"Adalah menjadi harapan saya menyertai parti STAR bagi memantapkan lagi kami wanita di bahagian ini, sekali gus meningkatkan lagi ekonomi wanita di kawasan ini.

"Seperti mana yang kita tahu, masih banyak lagi yang daif, susah. Memang mereka-mereka ini memerlukan bantuan. Jadi, salah satu cara kita memperkasakan lagi adalah dengan memantapkan lagi di peringkat bahagian," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung STAR Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi dan Penyelaras STAR Putatan Philip Among.

Sementara itu, Guan Dee berkata kemasukan beramai-ramai ke parti STAR menunjukkan parti berkenaan semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah.

"Kita sentiasa memgalu-alukan kemasukan ahli baharu bagi memperkuatkan lagi parfi STAR di Sabah," katanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: