Turki lancar satelit komunikasi Turksat 5A


The Turksat 5A satellite inside an Airbus test chamber in Toulouse, France. Credit: Turksat

08/01/2021 02:49 PM

CAPE CANAVERAL, 8 Jan — Turki pada Khamis melancarkan satelit komunikasi Turksat 5A ke orbit, lapor Agensi Anadolu.

Pelancaran dilakukan di stesen Cape Canaveral Air Force Station di Florida, Amerika Syarikat oleh syarikat teknologi SpaceX menggunakan roket Falcon 9.

Satelit itu akan berada di orbit selama empat bulan dan memulakan perkhidmatannya pada separuh kedua 2021, menurut Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turki.

Frekuensi dan hak orbit negara itu dijamin untuk tempoh 30 tahun dan misi itu adalah pelancaran pertama SpaceX untuk tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki Omer Fatih Sayan menyebut Turksat 5A "satu daripada satelit generasi terbaru yang memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan kemampuan di angkasa lepas."

"Dengan Turksat 5A, pertamanya akan melindungi hak orbit kita dan menyediakan perkhidmatan komersial melalui penyiaran serta komunikasi, terutamanya perkhidmatan internet jalur Ku ke kawasan luar bandar," katanya kepada wartawan di Cape Canaveral.

Sayan berkata Turksat 5A akan mengambil masa 140 hari untuk memasuki orbit sebelum satelit diuji selama sebulan. Ia akan dikendalikan di kemudahan Turksat di ibu kota Ankara.

"Dibina oleh Airbus Defense and Space, satelit 5A Turki akan menyediakan perkhidmatan siaran televisyen jalur Ku untuk Turki, Timur Tengah, Eropah dan Afrika," menurut laman web SpaceX.

Satelit itu membawa 42 transponder dan akan berada di slot orbit Turki yang tidak digunakan pada kedudukan 31 darjah Timur.

Leave a Reply

%d bloggers like this: