Tiga lelaki ditahan edar lebih 1.7 juta batang rokok seludup

09/01/2021 02:14 AM

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mengedar lebih 1.7 juta batang rokok seludup pelbagai jenama di Pulau Pinang, semalam.

Suspek yang berumur dalam lingkungan 34 hingga 47 tahun ditahan menerusi Operasi Asap di dua lokasi iaitu di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata turut dirampas daripada sindiket yang dipercayai bergiat aktif di utara tanah air itu ialah empat van dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari ini mulai hari ini sehingga Isnin depan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang untuk siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Selain itu, kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: