Pelancong ke England perlu tunjuk keputusan negatif ujian COVID-19


Photo: Kirsty O’connor/PA Wire/dpa

08/01/2021 04:13 PM

LONDON, 8 Jan — England akan meminta semua pelancong, termasuk warga United Kingdom (UK), mengemukakan keputusan negatif ujian COVID-19 yang dibuat 72 jam sebelum berlepas bermula minggu depan, kata Jabatan Pengangkutan UK pada Jumaat, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Semua ketibaan antarabangsa ke England, termasuk warga negara UK, perlu kemuka keputusan ujian COVID-19 negatif yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas. Penumpang boleh dikenakan denda sebanyak £500 (US$677) jika gagal mematuhi peraturan baharu tersebut,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan media.

Setiausaha Pengangkutan UK Grant Shapps berkata penyebaran strain COVID-19 baharu menyebabkan negara perlu mengenakan sekatan tambahan.

Pada Khamis, UK mencatatkan lebih 52,000 kes COVID-19 dan 1,162 kematian, peningkatan tertinggi sejak April.

Negara ini telah mengesahkan lebih 2.8 juta kes dan lebih 78,000 kematian secara keseluruhan.

England melaksanakan sekatan pergerakan ketiganya minggu ini, sekatan turut dikenakan di Scotland.

Leave a Reply

%d bloggers like this: