AZMI SAAT CERITA PENGORBANAN ISTERI GADAI GELANG EMAS DI AWAL PERKAHWINAN

Sempena ulang tahun ke-10 perkahwinan yang bakal disambut bulan depan, vokalis kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat telah bercerita saat dia dan isteri hidup susah ketika awal perkahwinan.

Azmi mendedahkan isterinya Nazirah Muhammad pernah mengadai barang kemas demi menampung keperluan hidup mereka. Menurut Azmi, 33, tindakan isterinya itu sangat dihargai dan diingati kerana ketika itu dia berdepan masalah kewangan kerana tiada kerja tetap.

"Pada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun, isteri banyak bantu… apatah lagi dia adalah seorang penjawat awam dan mempunyai gaji tetap. Isteri juga pernah mengadai hantaran perkahwinan berupa gelang emas sebab kami nak buat duit pendahuluan pindah rumah sewa baharu.

"Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang baharu sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadai," katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pada tahun 2011, Azmi telah mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan. Meskipun tidak sempurna seperti insan lain, Azmi berkata dia dan isteri tetap bahagia dalam melayari bahtera perkahwinan mereka. Malah, penyanyi lagu ‘Sejati’itu turut pernah membuat kejutan istimewa kepada isteri dengan menghadiahkan bunga dan barangan kemas.

"Saya pernah buat kejutan dengan belikan barang kemas, ketika itu saya masih bekerja sebagai tukang urut dengan pendapatan mencecah RM1,000 sebulan jadi adalah lebih duit sikit. Isteri saya suka bunga, jadi saya belikan bunga!

"Walaupun dalam keadaan begini, saya tidak berasa ia satu kekurangan atau susah pun. Kalau diberi peluang nak pasangan normal atau macam saya, saya nak yang sama macam saya.

Image_3.jpg

"Sebab kami saling memahami selain mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing. Kalau kahwin dengan isteri normal, saya pasti tak dapat membantu dan menjaganya sebab dia kena buat semua sediri malah perlu menguruskan saya pula jadi apabila dapat yang sama, kami buat bersama-sama… susah dan senang kami bersama," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Azmi telah muncul dengan lagu baharu berjudul ‘Tulus’. Mengenai video muzik (MV) lagu ‘Tulus’, Azmi berkata dia berlakon sebagai individu celik sebelum mengalami kecelakaan hingga mengakibatkannya buta.

‘Tulus’ boleh didengari di semua platform digital dan MV rasmi akan dilancarkan di laman YouTube Universal Music Malaysia pada malam Khamis. ‘Tulus’ yang dilancarkan pada November tahun lalu memberikan transisi berbeza dalam kerjaya nyanyian Azmi Saat kerana ia karya pertama yang dicipta olehnya sekitar tahun 2008.

Leave a Reply

%d bloggers like this: