Jumpa senjata api di Tampoi: PDRM tahan 19 individu termasuk warga asing


Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

08/01/2021 04:45 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Polis menahan 19 individu termasuk warga asing dari Indonesia dan Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan senjata api di Tampoi, Johor awal tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata senjata itu ditemui pada 1 dan 2 Jan lepas, namun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai jenis dan jumlah senjata api yang ditemui.

Beliau berkata siasatan sedang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

“Adakah ia (senjata) digunakan untuk tujuan menyalahi undang-undang atau ia bertujuan untuk dilupuskan? Kami masih menyiasat kes ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Sejarah Penubuhan Briged Tengah dan Batalion 4,5,6 dan 19 PGA di Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini.

Ditanya sama ada penemuan senjata api itu mempunyai motif serangan terhadap negara, Acryl Sani berkata pihaknya tidak mengesan elemen berkenaan, beliau berkata", “setakat ini, penemuan senjata api di Tampoi tidak nampak ke arah itu (serang negara)”.

Leave a Reply

%d bloggers like this: