“ALHAMDULILLAH SUDAH MEMBAIK, BERANSUR PULIH”- ISA KHAN KONGSI KEADAAN ABANGNYA

Pelakon Isa Khan memaklumkan abangnya, pelakon di Indonesia iaitu Aliff Alli Khan, 30, yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas positif virus Covid-19 itu kini beransur pulih dan sedang menjalani kuarantin di kediamannya.

"Aliff disyaki positif Covid-19 sejak awal Disember lalu dan kami sekeluarga mencari ikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang betul untuk virus itu. Alhamdulillah sudah membaik dan kesihatannya sudah beransur pulih. Kondisi dia mulai stabil sejak beberapa hari ini dan sedang berehat di rumah," katanya.

Kongsi tunang kepada pelakon Risteena Munim itu, Aliff kini dijaga dan dipantau oleh abangnya, pelakon dan model Miller Khan yang turut berada di Indonesia.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, keadaan Aliff bertambah teruk ekoran masalah keretakan rumah tangganya dengan Instafamous Indonesia, Aska Ongi. Malah, media melaporkan Aliff mengalami masalah paru-paru kesan daripada gaya hidupnya yang gemar merokok.

Untuk makluman, Aliff dan Aska telah bercerai selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia pada 19 Disember 2018. Sebelum itu, Aliff pernah berkahwin dengan seorang model Nora Alexandra pada 2016 namun rumah tangga mereka cuma bertahan setahun.

Leave a Reply

%d bloggers like this: