4 KALI GAGAL – NATASHA TAK BERSEDIA LAGI BERUMAH TANGGA, DEDAH ADA WANITA LAMAR JADI MADU

"Sebenarnya saya tak kahwin pun lagi. Tarikh 14 Oktober sebenarnya teaser untuk pelancaran produk tapi tak jadi sebab pandemik. Jadi bila ada yang nak kecoh-kecoh, terima kasihlah naikkan pengikut saya. Walhal saya tak cakap apa pun, tapi orang buat andaian.

"Sejujurnya saya tak bersedia lagi. Proses sembuh sebelum ini pun belum selesai. Pelbagai jenis lelaki yang cuba dekati, bahkan ada juga wanita yang siap lamar untuk jadi madu. Saya pun tak tahu kenapa mereka berbuat begitu.

"Mereka mesej di Instagram, saya gelak bila baca," demikianlah jelas pelakon Natasha Hudson berhubung dakwaan sebelum ini yang hangat diperkatakan apabila dirinya bakal mendirikan rumah tangga buat kali kelima pada 14 Oktober lalu.

Tampil membuat mulut mengenai perkara itu, Natasha mendedahkan dia masih lagi berstatus ibu tunggal. Ujarnya, tarikh 14 Oktober itu merupakan teaser untuk pelancaran produk.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Natasha yang sudah empat kali berdepan kegagalan rumah tangga iru memberitahu buat masa ini dia tidak memikirkan lagi soal untuk berumah tangga. Namun, Natasha akui didekati lelaki malah ada wanita melamarnya untuk bermadu.

"Sejujurnya saya tak bersedia lagi. Proses sembuh sebelum ini pun belum selesai. Pelbagai jenis lelaki yang cuba dekati, bahkan ada juga wanita yang siap lamar untuk jadi madu. Saya pun tak tahu kenapa mereka berbuat begitu. Mereka mesej di Instagram, saya gelak bila baca," jelasnya.

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007. Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga. Menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercerai dengan Noor Nashriq Sekarnor tahun lalu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: