SHARNAAZ TEMPELAK GOLONGAN BERCUTI SAKAN: “KLUSTER BUTA PERUT”

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti sempena tahun baru minggu lalu untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kenalan rapat, meskipun masih dalam keadaan pandemik.

Perkara itu telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang memuat naik video menerusi akaun Instagramnya dimana dia menempelak tindakan mereka yang sakan bercuti tetapi tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

"Mana kita punya akal, kita punya otak? Apa jadi saya tak faham, saya cerita pasal Langkawi sebab saya nampak benda ni. Saya tak pergi Langkawi tapi saya tengok ada kawan-kawan saya juga yang pergi. Setahun kita dikurung, nak pergi mana terbatas nak pergi luar negara tak boleh," katanya.

Pelakon filem ‘Juvana’ itu turut meluahkan rasa sedih apabila tindakan yang dilakukan oleh kerajaan seolah tidak dipeduli oleh segelintir rakyat, serta bimbang jika wujud kluster baru dek kerana sikap tidak bertanggungjawab itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Tu bukan Kluster New Year tapi Kluster buta perut. Apa yang korang fikir? Saya tengok semua pantai tu semua tempat banyak penyakit. Nak pergi bercuti tiada masalah tapi tengok sekarang banyak kes yang berkaitan Langkawi.

"Saya tengok orang muat naik gambar di Pantai Chenang. Tolonglah, itu semua tempat bawa penyakit. Saya tak kisah anda nak pergi bercuti sebab saya tahu anda tertekan tapi tengoklah, punya banyak kes datang daripada Langkawi. Tapi yang pergi bercuti, berhimpit dan melepak. Tolonglah, naik seram saya tengok.

"Kalau selamat boleh lah elok sebab imunisasi kuat. Kalau warga emas minta dijauhkan dan elak. Siapa-siapa yang baru balik dari Langkawi, saya doakan semuanya selamat. Fikirlah sebelum lepak dengan kawan-kawan lain. Sama-samalah kita jaga kita," ujarnya.

Image_3.jpg

Tambah pelakon yang terkenal dengan watak Jebat ini lagi, dia kini tidak mahu berjumpa dengan individu yang baru sahaja pulang daripada Langkawi atas sebab keselamatan dan kesihatan kendiri.

Sharnaaz turut meluahkan kebimbangan apabila industri perfileman baru sahaja pulih dan kini banyak penggambaran yang sudah berhenti untuk seketika gara-gara penyebaran COVID-19 dalam kalangan rakan artis dan krew penerbitan.

Justeru, dia menyeru agar individu dan kontak rapat lebih cakna dan melakukan tanggungjawab untuk menjalani sendiri kuarantin di rumah dan mematuhi saranan kementerian kesihatan dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Perkongsian Sharnaaz mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan segelintir masyarakat yang tidak mematuhi SOP ketika berada di tempat sesak.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: