“BUKAN MEREKA SUAPKAN MAKANAN” – BUSANA DIKECAM, NATASHA HUDSON MAHU NETIZEN MATANG

"Orang ramai kena matang sebelum memberikan komen. Ini adalah majlis pelancaran produk dan bukannya majlis pelancaran kedai mamak. Lagipun, saya pun bukan selalu memakai pakaian begini dan saya tak ada masalah dengannya.

"Kalau diamati, bahagian bahu itu sebenarnya bertutup dengan kain, cuma warnanya seperti warna kulit. Saya tak kisah pun sebab orang takkan berhenti bercakap. Pemilihan pakaian itu berdasarkan apa yang disediakan oleh penata gaya dan pihak pengasas produk.

"Apabila mereka sudah sediakan tema iaitu untuk tampil glamor, saya menghormati tema itu dan tak salahkan sesiapa. Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih lagi berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Jangan tertipu dengan warna kain ini dan saya tiada masalah untuk menggayakannya kerana ia mengikut tema majlis. Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk!

"Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun. Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat.

Image_3.jpg

"Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan," demikian kata pelakon Natasha Hudson selepas dirinya dikecam teruk berikutan busana putih yang dipakainya itu mendedahkan bahagian bahu serta betis dan dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Tidak melatah dengan kecaman netizen, Natasha menjelaskan bahagian baju itu sebenarnya masih berlapik kerana bertutup dengan kain namun seperti warna kulit. Ujarnya lagi, dia hanya menghormati tema dan sesuai dengan kehendak majlis.

Dalam pada itu, Natasha yang enggan mempedulikan kata-kata orang itu berkata netizen perlu matang dalam memberi komen atau pandangan terutama mengenai hal berkaitan dengan kerjayanya.

Image_4.jpg

Leave a Reply

%d bloggers like this: